KEJUARAAN B-19 AFF 2018: SKUAD MALAYSIA JUARA!
2018-07-15
Skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak muncul juara Kejuaraan B-19 AFF 2018 buat kali pertama selepas berjaya menewaskan Myanmar 4-3 pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia semalam.
Malaysia bermula perlawanan dengan cemerlang apabila berjaya mencipta dua gol awal menerusi Awang Muhammad Faiz pada minit ke-3 dan Nik Akif Syahiran pada minit ke-18.
Namun Myanmar bangkit dengan menjaringkan tiga gol menerusi Win Naing Tun pada minit ke-23 & 26 dan Myat Kaung Khant pada minit ke-31 untuk menamatkan babak pertama dengan keputusan 3-2 yang memihak pasukan mereka.
Dalam babak kedua, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 3-3 hasil daripada gol Shivan Pillay pada minit ke-75 sebelum Nik Akif muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-93.
SENARAI 23 PEMAIN SKUAD BOLA SEPAK LELAKI MALAYSIA:
1-Firdaus Irman (PG), 2-Shivan Pillay, 3-Ahmad Tasnim Fitri, 4-Zahril Azri, 5-Anwar Ibrahim, 6-Nabil Hakim, 7-Nurfais Johari, 8-Nik Akif Syahiran, 9-Nizarruddin Jazi, 10-Hadi Fayyadh, 11-Akhyar Rashid, 12-Awang Muhammad Faiz, 13-Izzuddin Roslan, 14-Gerald Gadit, 15-Feroz Baharuddin, 16-Al-Imran Abdul Halim, 17-K. Thivandaran, 18-Syaiful Alias (K), 19-Zafuan Azeman, 20-Ammar Akhmall, 21-Syahmi Zamri, 22-Azri Ab Ghani (PG), 23-Shafiq Afifi (PG).