Мы в Telegram
Добавить новость
103news.com
World News in Malay
Апрель
2019

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KESEBELAS BAGI PENGGAL 2017-2021

0

2019-04-19

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali kesebelas bagi penggal 2017-2021 pada 18 April 2019 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pemain Pasukan Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2019, Sarawak lwn Kelantan pada 6 April 2019 di Stadium Negeri, Kuching.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya berkelakuan ganas telah memukul dengan menumbuk ke arah perut pemain pasukan Sarawak (Mohd. Badrul Hisham Mohamad Hussein).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan dua (2) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga Premier 2019 di antara Kelantan melawan PDRM pada 12 April 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Liga Premier 2019 di antara Kelantan melawan Negeri Sembilan pada 20 April 2019.

 

2. Pemain Pasukan Tun Razak FC, Mohammad Firdaus Yusof

Perlawanan: Perlawanan Liga M3 2019, Puchong Fuerza FC lwn Tun Razak FC pada 24 Mac 2019 di Stadium Mini MMU, Cyberjaya.

Kesalahan: Melanggar Artikel 51 dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya menunjukkan isyarat lucah terhadap Pengadil kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Pengadil tersebut.

Hukuman: Penggantungan empat (4) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik, hukuman denda sebanyak RM500.00 yang dikehendaki dijelaskan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Penggantungan empat (4) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga M3 2019 di antara Ultimate FC melawan Tun Razak FC pada 30 Mac 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Liga M3 2019 di antara Kelantan United melawan Tun Razak FC pada 21 April 2019.

iii) Perlawanan Liga M3 2019 di antara Tun Razak FC melawan Kuching FA pada 27 April 2019.

iv) Perlawanan Liga M3 2019 di antara BTK FC melawan Tun Razak FC pada 15 Jun 2019.

 

3. Pemain Pasukan SAMB FC, Jasmir Mehat

Perlawanan: Perlawanan Liga M3 2019, Ultimate FC lwn SAMB FC pada 6 April 2019 di Padang PULAPOL, Kuala Lumpur.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(e) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kad merah yang diterimanya.

Hukuman: Penggantungan enam (6) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Walau bagaimanapun, dengan menggunapakai Artikel 35 Kod ini, Pemain dikenakan penggantungan bagi tiga (3) perlawanan pertama dahulu dan baki tiga (3) lagi perlawanan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain selama enam (6) bulan dari tarikh penerimaan keputusan. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga M3 2019 di antara SAMB FC melawan Glory United FC pada 14 April 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Liga M3 2019 di antara Armed Forces FC melawan SAMB FC pada 21 April 2019.

iii) Perlawanan Liga M3 2019 di antara SAMB FC melawan Kelantan United FC pada 28 April 2019.

iv) baki tiga (3) lagi perlawanan adalah ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain. Jika Pemain didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan tiga (3) perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta.

 

4. Pemain Pasukan DDM FC, Muhammad Rizqi Azman

Perlawanan: Perlawanan Liga M3 2019, Puchong Fuerza FC lwn DDM FC pada 7 April 2019 di Stadium Mini MMU, Cyberjaya.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada berkelakuan ganas dengan sengaja memukul dibahagian leher pemain Puchong Fuerza (Zulkefli Baharuddin).

Hukuman: Penggantungan enam (6) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

Walau bagaimanapun, dengan menggunapakai Artikel 35 Kod ini, Pemain dikenakan penggantungan bagi tiga (3) perlawanan pertama dahulu dan baki tiga (3) lagi perlawanan adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain selama enam (6) bulan dari tarikh penerimaan keputusan. 

Penggantungan tiga (3) perlawanan yang dikenakan adalah seperti berikut:

i) Perlawanan Liga M3 2019 di antara DDM FC melawan Ultimate FC pada 13 April 2019 (penggantungan perlawanan secara automatik).

ii) Perlawanan Liga M3 2019 di antara Glory United FC melawan DDM FC pada 20 April 2019.

iii) Perlawanan Liga M3 2019 di antara DDM FC melawan Armed Forces FC pada 28 April 2019.

iv) baki tiga (3) lagi perlawanan adalah ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain. Jika Pemain didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan tiga (3) perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM





Губернаторы России
Москва

Сергей Собянин. Главное за день





Москва

Артисты – они все особенные!


Губернаторы России

103news.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.

Moscow.media
Москва

Сергей Собянин: Городские вокзалы объединяют маршруты



103news.comмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "103 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. 103news.com — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

103news.com — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.

Музыкальные новости

Metallica

Metallica выложили видео с концерта в Мюнхене, на котором был ливень с грозой




Спорт в России и мире

Алексей Смирнов – актер, которого, надеюсь, еще не забыли

Росгвардейцы обеспечили безопасность во время футбольного матча в Москве

Среди сотрудников уголовно-исполнительной системы Республики Дагестан определили лучшего гроссмейстера

Баскетболисты из Лобни завоевали золото на турнире Moscow Open


Даниил Медведев

Медведев вышел в 1/8 финала «Ролан Гаррос» — 2024



Новости Крыма на Sevpoisk.ru


Москва

Сергей Собянин: Городские вокзалы объединяют маршруты



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России