Мы в Telegram
Добавить новость
103news.com
World News in Malay
Март
2023

SIARAN MEDIA: KBS DAN FAM GANDING BAHU MEMBANTU KONSERVASI HARIMAU MALAYA MELALUI KUTIPAN JUALAN TIKET

0

2023-03-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal berganding bahu dalam usaha memerangi kepupusan harimau Malaya dengan menyokong antara lain usaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang menerajui usaha konservasi biodiversiti termasuk harimau Malaya.

Pasukan Bola Malaysia telah diberi gelaran Harimau Malaya untuk menunjukkan ketangkasan, keberanian dan kehebatan pasukan negara. Namun, di sebalik pemakaian jersi Harimau Malaya, bukan semua yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai spesies harimau ini.

Di Malaysia populasi harimau liar telah menurun daripada lebih kurang 1,000 ekor pada tahun 1970an kepada kurang daripada 150 ekor pada masa kini kerana pelbagai ancaman seperti pemburuan haram. Harimau ialah satu indikator yang penting bagi biodiversiti dan kemandirian spesies ini di hutan negara kita bagi kesejahteraan ekosistem yang menyokong kelangsungan hidup kita semua. Sudah tiba masa usaha pemuliharaan ini mendapat sokongan semua pihak, maka KBS dan FAM telah mengambil langkah untuk membantu dalam konservasi harimau.

Pada 21 Mac 2023, FAM melalui Jawatankuasa Eksekutif telah bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada KBS untuk tujuan ini dengan sumbangan sebanyak RM1.00 daripada setiap tiket perlawanan Pasukan Kebangsaan yang terjual. Jelas Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, beliau optimis kolaborasi bersama KBS ini menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi ini juga menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini sedang berdepan isu kepupusan. "Ini adalah satu misi yang izhar buat FAM dan KBS dalam pemuliharaan harimau Malaya. Setiap kali kita keluar bermain dan menonton bola sepak, kita menyumbang kepada kehidupan setiap harimau Malaya di Malaysia”, kata Datuk Haji Hamidin.

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan berkata “Harimau Malaya ialah lambang dan nama panggilan keramat buat pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Kita tidak mahu di satu hari nanti harimau tinggal mascot ataupun slogan dan laungan sahaja tanpa adanya harimau liar di hutan kita. Jika spesies ini pupus, jiwa kelestarian negara ini juga akan pudar dan tidak akan ada makna jika pada masa itu pasukan kebangsaan kita masih bergelar Harimau Malaya. Oleh itu saya menyeru semua anak muda yang minat kepada bolasepak juga menunjukkan semangat yang sama dalam pemeliharaan harimau Malaya. Usaha ini selari dengan pendekatan Malaysia Madani yang menekankan aspek kemampanan. Malah melalui program Rakan Muda (kerana kebanyakan peminat bola sepak juga merupakan belia), KBS akan membantu dalam usaha murni ini”.

Usaha ini dilihat sebagai satu pendekatan inovatif dan terangkum melibatkan sukan popular bola sepak sebagai penyelamat harimau Malaya.

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 23 Mac 2023

 





Губернаторы России
Москва

Собянин рассказал о развитии завода «Москвич»





Москва

Армяне России поддерживают движение «Тавуш во имя Родины»


Губернаторы России

103news.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.

Moscow.media
Москва

Собянин рассказал о производстве в Москве умных меток и смарт-карт



103news.comмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "103 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. 103news.com — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

103news.com — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.

Музыкальные новости

Елена Волкова

Дмитрий Бикбаев готовит премьеру театрального проекта, основанного на личных переживаниях




Спорт в России и мире

Алексей Смирнов – актер, которого, надеюсь, еще не забыли

Сергей Лёвкин: в Митине завершат возведение физкультурно-оздоровительного комплекса

Никакой магии! В спортивном прогнозировании не бывает безусловных выигрышных стратегий

Искусство продвинутого анализа в спортивном прогнозировании


WTA

Азаренко вышла в четвертьфинал турнира WTA-1000 в Риме



Новости Крыма на Sevpoisk.ru


Москва

Число госпитализированных с COVID-19 в России за неделю выросло почти на 9 процентов



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России