Мы в Telegram
Добавить новость
103news.com
World News in Malay
Август
2023

SIARAN MEDIA: FAM DAN MARCO WORLDWIDE LANCAR JAM TANGAN JENAMA CATERPILLAR EDISI TERHAD PERTAMA

0

2023-08-07

Demi mengukuhkan lagi jenama Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bola sepak negara, hari ini telah mengumumkan jalinan kerjasama terbaharunya bersama syarikat pengedar rasmi jam tangan Caterpillar (CAT), Marco Worldwide (M) Sdn Bhd untuk tempoh setahun.

Majlis jalinan kerjasama di antara FAM dan Marco Worldwide (M) Sdn Bhd yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya itu turut menyaksikan pelancaran jam tangan edisi terhad CAT x Harimau Malaya. 

Jam tangan edisi terhad CAT x Harimau Malaya ini didatangkan dengan reka bentuk CAT yang tahan lasak seperti kalis air sedalam 100 meter dan juga direka mengikut trend terkini. Selain, ia juga membawa warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yakin bahawa jam tangan edisi terhad CAT x Harimau Malaya ini akan mendapat sambutan daripada penyokong bola sepak tanah air. 

“Usaha FAM dalam mengukuhkan jenama Harimau Malaya dalam pasaran tempatan sejak beberapa tahun ini telah menampakkan hasil dan ini boleh dilihat menerusi pelbagai kolaborasi bersama barisan penaja FAM termasuk Marco Worldwide (M) Sdn Bhd.

“Saya pasti kempen jualan jam tangan CAT x Harimau Malaya ini akan mendapat sambutan hangat daripada seluruh rakyat Malaysia terutama dalam kalangan penyokong Harimau Malaya lebih-lebih lagi menjelang Pestabola Merdeka 2023 yang akan diadakan Oktober ini.

“Mewakili barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, skuad Harimau Malaya serta seluruh warga kerja FAM, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Marco Worldwide (M) Sdn Bhd sebagai rakan rasmi jam tangan FAM dan Harimau Malaya.  Semoga jalinan kerjasama ini akan memacu kedua-dua organisasi ini kearah kecemerlangan dan kejayaan,” kata Datuk Haji Hamidin.

Selain itu, Datuk Haji Hamidin turut menyeru kepada skuad Harimau Malaya agar tidak mensia-siakan usaha barisan penaja FAM yang tidak henti menzahirkan sokongan mereka terhadap perjuangan skuad bola sepak kebangsaan mengharumkan nama negara. 

“Usaha FAM untuk membangunkan arena bola sepak negara serta memastikan prestasi skuad Harimau Malaya berada di tahap tertinggi tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan daripada barisan penaja FAM. 

“Barisan kejurulatihan serta pemain skuad Harimau Malaya perlu menjadikan sokongan daripada barisan penaja ini sebagai inspirasi serta motivasi untuk sentiasa memberikan terbaik ketika beraksi demi negara,” tambah Datuk Haji Hamidin. 

Sementara itu, Encik Ong Sim Jeng, Pengarah Executive Marco Worldwide Sdn Bhd berbesar hati dapat berkolaborasi dengan organisasi ternama seperti FAM. “Kami berbangga untuk menyokong usaha FAM dalam membangunkan arena bola sepak negara. Usaha FAM boleh dilihat menerusi keputusan cemerlang yang dicapai oleh pasukan Harimau Malaya dan juga jumlah peminat Harimau Malaya yang ramai di seluruh Malaysia.”

“Melalui kepimpinan Datuk Haji Hamidin, saya yakin jenama FAM dan jenama Harimau Malaya boleh diperkukuhkan lagi, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Saya menantikan lagi keputusan hebat daripada Harimau Malaya dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang.” tambah Encik Ong.

Dengan pengeluaran 2,000 unit jam tangan edisi terhad CAT x Harimau Malaya, ia boleh didapati bermula Selasa ini, 8 Ogos 2023 pada harga RM499.00 secara eksklusif di Shopee dan seterusnya pada Rabu, 9 Ogos 2023 di kedai pengedar rasmi Caterpillar terpilih di seluruh negara serta kedai dalam talian rasmi Marco eStore dan Lazada.

 

*Siaran media ini dikeluarkan pada Isnin, 7 Ogos 2023

 





Губернаторы России
Москва

Сергей Собянин провел личный прием граждан





Москва

В мире могут закрыть поставки из Китая. «Святой Ленин» на встрече В.В. Путина и Си Цзиньпина повышает качество жизни народам России, Китая, всего мира.


Губернаторы России

103news.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.

Moscow.media
Москва

Собянин выразил соболезнования родным и близким художника Сергея Андрияки



103news.comмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "103 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. 103news.com — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

103news.com — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.

Музыкальные новости

Елена Волкова

Дмитрий Бикбаев готовит премьеру театрального проекта, основанного на личных переживаниях




Спорт в России и мире

Алексей Смирнов – актер, которого, надеюсь, еще не забыли

Ярославское шоссе стало лидером сезонного спроса на спортивные площадки в коттеджных комплексах

В этот день ровно 30 лет назад будущий президент Российской Федерации был гидом будущего короля Великобритании в экскурсии по Ленинграду

Стартовал финальный этап всероссийского футбольного турнира «Будущее зависит от тебя»


WTA

Виктория Азаренко пробилась в четвертьфинал турнира WTA в Риме



Новости Крыма на Sevpoisk.ru


Москва

Арестованный главный кадровик МО Кузнецов помещен в СИЗО «Лефортово»



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России