Мы в Telegram
Добавить новость
103news.com
World News in Malay
Ноябрь
2023

FAM LANCAR FASA KEDUA PETA HALA TUJU F:30 FAM BAGI TAHUN 2023-2026

0

2023-11-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini melancarkan fasa kedua Peta Hala Tuju F:30 FAM bagi tahun 2023-2026 di Hotel Dorsett Grand Subang.

Bersempena pelancaran Pelan Strategik 2 F:30 itu, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah membentangkan rumusan pencapaian yang telah berjaya direkodkan di sepanjang Pelan Strategik 1 iaitu bagi tahun 2019-2022.

Antaranya ialah, kejayaan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon layak ke Piala Asia 2023, kejayaan skuad Harimau Malaya B-19 menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2022 di Indonesia, dianugerahkan Keahlian Perak di bawah Piagam Akar Umbi AFC pada 2019 serta melaksanakan pemulihan kesemua liga bola sepak kebangsaan di bawah FAM selepas pandemik COVID-19.

Majlis pelancaran fasa kedua Peta Hala Tuju F:30 itu turut dihadiri oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Mejar Jeneral Khiev Sameth dan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Datuk Haji Hamidin meluahkan rasa teruja beliau untuk melihat Pelan Strategik 2 F:30 ini dapat diteruskan dengan jayanya bagi tahun 2023-2026.

“Pelan Strategik 1 yang bermula pada 2019 telah menyasarkan untuk mewujudkan eko-sistem bola sepak yang stabil menerusi tadbir urus yang baik, pertandingan dan pembangunan dari segi modal insan dan infrastruktur.

“Mewakili pihak FAM, saya ingin meluahkan rasa terima kasih kepada ahli-ahli gabungan FAM serta badan induk bola sepak iaitu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan AFF atas sokongan yang telah dizahirkan terhadap usaha kami untuk membangunkan arena bola sepak negara.

“Dengan pelancaran fasa kedua Peta Hala Tuju F:30 ini, kami (FAM) akan memastikan matlamat untuk menguasai ASEAN diteruskan,” kata Datuk Haji Hamidin.

Bagi Pelan Strategik 2 F:30 ini, FAM sebagai badan induk bola sepak di Malaysia akan memberi fokus terhadap tiga teras utama iaitu, perkembangan jenama menerusi penajaan dan kolaborasi bersama syarikat swasta, penumbuhan permainan dengan memperluaskan kolam pemain di dalam negara selain memperkuatkan lagi skuad kebangsaan serta memperkasakan organisasi dengan pendekatan inovatif.

Terdahulu, peta hala tuju FAM dengan tempoh 12 tahun itu (2019-2030) yang dilancarkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino pada 31 Oktober 2018 dibahagi kepada tiga pelan strategik, iaitu fasa pertama dari tahun 2019 hingga 2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur, disusuli fasa kedua (2023-2026) mencapai peringkat Asia, disudahi fasa ketiga (2027-2030) bertujuan melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang mencecah taraf dunia.

Sementara itu, Mejar Jeneral Khiev Sameth berkata: "Setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Haji Hamidin dan FAM atas kejayaan melengkapkan fasa pertama Peta Hala Tuju F:30 iaitu membina asas yang kukuh dalam aspek pengurusan, pertandingan, modal insan dan pembangunan infrastruktur.

“Saya juga amat mengagumi kesemua pemegang taruh bola sepak di Malaysia atas hasil kerja yang cemerlang di Fasa 1 terutama dalam mengatasi impak pandemik yang melanda, iaitu satu situasi dan cabaran yang tidak pernah kita alami sebelum ini."

Hannah Yeoh pula berkata, "FAM telah melakukan pelbagai usaha dalam membangunkan naratif yang kukuh serta koheren untuk pelan strategik yang utuh.  Ini bukanlah sesuatu yang mudah dan ia perlu membabitkan pemegang taruh dari dalam dan luar organisasi," beliau berkata.

Butiran lengkap dan kandungan F:30 boleh dimuat turun di sini.

 

*Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 11 November 2023

 





Губернаторы России
Москва

Собянин рассказал о сезонном оформлении городских пространств





Москва

В мире могут закрыть поставки из Китая. «Святой Ленин» на встрече В.В. Путина и Си Цзиньпина повышает качество жизни народам России, Китая, всего мира.


Губернаторы России

103news.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.

Moscow.media
Москва

Сергей Собянин. Главное за день



103news.comмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "103 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. 103news.com — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

103news.com — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.

Музыкальные новости

Джиган

Улитки на обед, номер за полмиллиона с видом на Эйфелеву башню: отпуск мечты Самойловой и Джигана в Париже




Спорт в России и мире

Алексей Смирнов – актер, которого, надеюсь, еще не забыли

Ярославское шоссе стало лидером сезонного спроса на спортивные площадки в коттеджных комплексах

В Москве пройдет заплыв «Кубок Чемпионов» от организаторов Swimcup. В старте, который пройдет в гребном канале «Москва», примут участие более 1000 пловцов

Футболисты «Локомотива» – в расширенном составе сборной России на июньский сбор


WTA

Азаренко вышла в четвертьфинал турнира WTA-1000 в Риме



Новости Крыма на Sevpoisk.ru


Game News

RPG Battle of Souls доступна в Google Play 2 стран



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России