SIARAN MEDIA: SENARAI 18 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL MALAYAN TIGRESS SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI KEJUARAAN FUTSAL WANITA ASEAN 2026 DI THAILAND
No | Nama | Umur | Kelab |
1. | Noorasyeimah Mohamad Rashid | 32 | MBSJ FC |
2. | Fatin Shahida Azmi | 35 | MBSJ FC |
3. | Nur Shazreen Munazli | 33 | MBSJ FC |
4. | Nur Farah Wahida Norlee | 25 | MBSJ FC |
5. | Nur Afrina Azhar | 27 | MBSJ FC |
6. | Intan Sarah Anisah Zulgafli | 27 | MBSJ FC |
7. | Thivyashini Jegatesan | 19 | MBSJ FC |
8. | Nur Syafiqah Zainal Abidin | 25 | MBSJ FC |
9. | Ayuna Anjani Lamsin | 23 | UiTM Lioness FC |
10. | Nur Harizah Mohd Zaini | 22 | UiTM Lioness FC |
11. | Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari | 20 | UiTM Lioness FC |
12. | Intan Zainal Azhar | 20 | UiTM Lioness FC |
13. | Ku Nuwairah Ku Mahadzir | 19 | UiTM Lioness FC |
14. | Asma Junaidi | 34 | Perdana BTR FC |
15. | Hanis Farhana Shamsul Azizan | 34 | Perdana BTR FC |
16. | Nur Lyana Soberi | 27 | Perdana BTR FC |
17. | Siti Asnidah Zamri | 27 | MBPJ FC |
18. | Farah Syakira Mohd Saad | 32 | MBPJ FC |
Daripada senarai 18 pemain ini, Jamhuri mengekalkan hanya enam pemain dari skuad Sukan SEA 2025 di Thailand Disember lalu dan memanggil beberapa pemain yang pernah disenaraikan sebelum ini serta pemain dari skuad bola sepak wanita kebangsaan.
Antara muka baharu yang dipanggil ialah Nur Farah Wahida Norlee dan Thivyashini Jegatesan (MBSJ FC) serta Nur Harizah Mohd Zaini (UiTM Lioness FC).
Skuad futsal Malayan Tigress akan menjalani kem latihan pusat bermula 10 hingga 19 Februari 2026 di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum senarai akhir 14 pemain berlepas ke Thailand pada 20 Februari 2026 bagi memulakan kempen .
Skuad futsal Malayan Tigress akan turun menghadapi cabaran Kumpulan A, bertemu Indonesia pada Rabu, 25 Februari 2026 dan tuan rumah, Thailand pada Khamis, 26 Februari 2026 di Terminal 21 Korat, Thailand.
Sementara itu, Kumpulan B pula disertai empat pasukan iaitu juara bertahan, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Australia.
Juara dan naib juara Kumpulan A dan B terbaik akan melangkah ke Separuh Akhir pada Sabtu, 28 Februari 2026 sementara aksi Final dan Tempat Ke-3 akan berlangsung pada Isnin, 2 Mac 2026.
Siaran media ini dikeluarkan pada Jumaat, 6 Februari 2026
