Добавить новость
103news.com
Football Association of Malaysia
Апрель
2019
1
2
3
4
5 6
7
8
9
10 11
12
13
14
15
16
17
18 19
20
21
22
23
24
25 26 27
28
29 30

SIARAN MEDIA: PRESIDEN FAM GESA SEMUA PASUKAN BERI SOKONGAN PENUH KEPADA MFL

0

2019-04-26

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk bola sepak negara sedar bahawa faktor utama yang mampu membawa kejayaan bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa adalah dengan memiliki liga domestik bertaraf profesional dan berkualiti.

Bagi tujuan itu, FAM sentiasa meletakkan pembangunan liga domestik ini sebagai agenda utama yang perlu diberi tumpuan bagi memastikan industri bola sepak di negara ini terus berkembang maju.

Langkah ke arah itu sebenarnya telah lama dimulakan FAM sejak dari awal tahun 1990-an lagi dan seterusnya melalui fasa penswastaan dengan penubuhan FMLLP pada tahun 2015 dan kemudian dikenali sebagai Malaysian Football League (MFL) bagi mengendalikan Liga Malaysia.

Selepas empat tahun penubuhan MFL ini, saya secara peribadi melihat banyak perkara positif yang telah berjaya dilakukan bagi meningkatkan tahap dan mutu liga domestik di negara ini.

Antara perubahan yang dapat dilihat, setiap pasukan yang bertanding kini memiliki kepentingan dalam industri bola sepak Malaysia sebagai pemegang saham di dalam Liga Malaysia dan mereka bukan lagi hanya sebagai ahli gabungan FAM semata-mata.

Malah melalui Pelesenan Kelab, kita dapat melihat wakil dari Malaysia kini mampu bersaing di pentas tertinggi Asia apabila mendapat satu slot automatik ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan satu slot lagi ke pusingan playoff ACL.

Selain itu, kita telah berjaya mengadakan kerjasama dengan beberapa liga terkemuka dunia seperti La Liga (Sepanyol) dan J.League (Jepun), sekali gus membuktikan struktur Liga Malaysia telah berada dalam landasan tepat selepas MFL mula mempraktikkan sistem atau struktur liga-liga elit tersebut.

Usaha-usaha berterusan MFL ini juga dapat dilihat dengan penubuhan badan bebas pengadil, Professional Match Officials Malaysia (PMOM) seperti di Liga Perdana Inggeris dalam usaha meningkatkan mutu pengadilan Liga Malaysia serta pengenalan peraturan kawalan ekonomi yang dipraktikkan oleh La Liga pada musim depan bagi memantapkan sistem pengurusan kewangan pasukan Liga Malaysia, sekali gus menyelesaikan masalah hutang pasukan.

Semua ini saya lihat bakal memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pasukan atau kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia, malah skuad kebangsaan, Harimau Malaya khususnya kerana apabila liga domestik kita mempunyai pelbagai nilai tambah yang mampu meningkatkan kualiti saingannya, sudah tentu ia akan membantu melahirkan pemain-pemain kebangsaan yang lebih berkualiti.

Sebagai individu yang sudah tiga dekad berkecimpung dalam bidang bola sepak ini, sudah tentu saya mengakui bahawa perjalanan masih jauh dan banyak lagi yang perlu dilakukan oleh MFL untuk membawa Liga Malaysia ke tahap tertinggi.

Namun, langkah sudah dimulakan dan sudah tentu kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi, sebaliknya terus mengorak langkah dan sama-sama membantu MFL untuk memajukan lagi liga domestik di Malaysia ini kerana pada akhirnya nanti, manfaat akan dapat dinikmati oleh semua pihak terlibat termasuk pasukan-pasukan yang bertanding ini.

Justeru, saya berharap semua pihak khususnya 24 pasukan yang menjadi rakan kongsi MFL supaya terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam merealisasikan kejayaan yang sama-sama kita impikan selama ini iaitu memartabatkan bola sepak Malaysia.

Pasukan-pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super dan Liga Premier diharap agar terus kekal tenang kerana saya cukup yakin dan percaya bahawa MFL akan dapat menyerahkan geran tahunan kepada semua pasukan sedikit masa lagi selepas mereka memuktamadkan beberapa perkara dengan penaja baharu berikutan penamatan kontrak penajaan Telekom Malaysia (TM), bulan lalu.

 

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)





Губернаторы России
Москва

Собянин: «Активные граждане» выберут лучшие проекты в области строительства





Москва

Экологи «Россети Центр» и «Россети Центр и Приволжье» показали высокий профессионализм на Всероссийском конкурсе


Губернаторы России

103news.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.

Moscow.media
Москва

В новостройку по реновации на улице Красных Зорь переезжают 320 семей — Собянин



103news.comмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "103 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. 103news.com — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

103news.com — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.

Музыкальные новости

Елена Волкова

В Тульской области завершился Кинофестиваль «Движение по вертикали» памяти Станислава Говорухина




Спорт в России и мире

Алексей Смирнов – актер, которого, надеюсь, еще не забыли

Компания «КЕНГУРУ.ПРО» стала лучшим производителем спортивного оборудования

Инвестор построит физкультурно-оздоровительный комплекс в Северном Медведкове

Легенда вне времени Жанна Агузарова и легенда поп-музыки Жанна Фриске:самое интересное с Премии МУЗ-ТВ 2024


WTA

Путинцева в Бирмингеме завоевала третий титул WTA в карьере



Новости Крыма на Sevpoisk.ru


Москва

Дворцовый переворот. Как реставрируют усадьбу Останкино XVIII века



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России