SIARAN MEDIA: PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023 BERTEMU UAE, VIETNAM & THAILAND DITANGGUHKAN
2020-03-09
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah menerima surat rasmi daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai pengesahan penangguhan kesemua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi bulan Mac dan Jun 2020.
Menurut AFC, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan ahli-ahli gabungannya yang terlibat dan seterusnya dibawa ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk akhirnya satu persetujuan dicapai bagi menangguhkan perlawanan-perlawanan pada tarikh berkenaan. Читать дальше...