Мы в Telegram
Добавить новость
103news.com
World News in Malay
Март
2020
1 2 3 4 5 6
7
8
9
10
11 12 13 14
15
16
17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

FAM, MFL SERU SEMUA PIHAK GANDING TENAGA MEMBANTU DALAM KEADAAN SUKAR INI

0

2020-03-25

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bola sepak negara mengambil maklum berhubung situasi semasa tahap penularan terkini wabak COVID-19 yang telah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari dari 18 hingga 31 Mac 2020 telah pun dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Ia sekali gus turut mempengaruhi perjalanan baki saingan Liga Malaysia 2020 yang mana ia akan menyebabkan lanjutan perlawanan-perlawanan liga yang telah pun ditangguhkan berkuat kuasa bermula 16 Mac 2020.

Menurut Presiden FAM yang juga Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya di mana FAM dan MFL telah bersetuju untuk terus menangguhkan kesemua aktiviti di bawah pengelolaan FAM, MFL serta Amateur Football League (AFL) sehingga tarikh baharu akan diumumkan kelak.

Katanya lagi, FAM bersama-sama MFL akan mencari jalan penyelesaian berhubung situasi ini dengan pemegang taruh yang terlibat terutamanya kelab, pemain dan pegawai.

"Meskipun keputusan lanjutan penangguhan ini adalah satu keputusan sukar tetapi keputusan ini harus dibuat demi kepentingan dan keharmonian rakyat di mana FAM bersama MFL sentiasa mengutamakan rakyat dalam usaha mencegah wabak COVID-19 daripada terus menular apatah lagi kita mencatat peningkatan jangkitan di kalangan masyarakat ketika ini.

"Selain saingan CIMB Liga Super, Liga Premier, Shopee Piala FA, TM Piala Malaysia dan Challenge Cup, lanjutan penangguhan ini juga turut membabitkan kem pasukan kebangsaan, Malaysia Premier Futsal League (MPFL), Piala Presiden, Piala Belia, Liga M3 dan Liga M4,” katanya.

Tambah Datuk Hamidin lagi, situasi semasa akibat penularan wabak COVID-19 ini telah memberi kesan kepada perjalanan Liga Malaysia 2020, namun beliau yakin segala masalah yang berkaitan mampu diselesaikan dengan kerjasama daripada FAM, Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), kelab serta para pemain dan pegawai pasukan.

"Kita sedia maklum yang kelab-kelab ini mungkin berdepan masalah kewangan kerana ketiadaan perlawanan berlangsung ketika ini, sekali gus menjejaskan sumber kutipan tiket masing-masing dan pada masa yang sama perlu meneruskan juga pembayaran gaji kepada para pemain dan pegawai.

"Situasi seperti ini bukan kita minta dan tidak dapat dielakkan tetapi apabila ia berlaku, perbincangan dan persetujuan bersama adalah sesuatu yang perlu dicapai bagi memastikan kepentingan semua pihak dapat dijaga. Sama seperti FAM, kami di MFL sentiasa bersedia untuk dihubungi oleh mana-mana rakan kongsi liga untuk sebarang perbincangan," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Hamidin turut memberitahu bahawa FAM dan MFL telah sedia maklum bahawa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) meminda beberapa tarikh penting melibatkan pasukan kebangsaan selain perlawanan-perlawanan Asian Champion League (ACL) dipinda ke bulan Mei dan Jun depan.

“MFL sentiasa berhubung rapat dengan AFC untuk sebarang pemakluman terkini jika sekiranya terdapat tarikh-tarikh baharu akan dimaklumkan kelak.

“Selain daripada itu, MFL juga sentiasa memberikan maklumat terkini dengan pihak-pihak penaja utama berhubung status terkini perjalanan Liga Malaysia musim 2020. Berdasarkan mesyuarat khas bersama wakil penaja sebelum ini, mereka sudah menyatakan sokongan kepada MFL dalam apa sahaja keputusan berhubung perjalanan Liga Malaysia 2020 berdasarkan arahan Kerajaan Malaysia susulan wabak COVID-19.

“FAM dan MFL melahirkan rasa bersyukur dan terharu kerana semua pihak khususnya penaja, pasukan, pegawai, pemain dan penyokong bola sepak masih bersatu dalam usaha mencegah wabak COVID-19 dan pihak kami yakin dengan sikap bersatu daripada semua pihak ini, kita mampu mengharungi detik sukar ini secara bersama di mana FAM dan MFL juga akan sentiasa bersedia dengan apa kemungkinan di masa akan datang,” katanya.





Губернаторы России
Москва

Собянин подвел итоги фестиваля «Москва — на волне. Рыбная неделя»





Москва

За один день работники Уссурийского ЛРЗ и их дети выполнили сменно-суточное задание по ремонту 129 паровозиков


Губернаторы России

103news.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.

Moscow.media
Москва

Собянин: На Арбате после реставрации открывается мемориальная квартира Пушкина



103news.comмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "103 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. 103news.com — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

103news.com — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.

Музыкальные новости

Евгений Маргулис

«Пензенский Майкл Джексон»: Тимур Родригез стал героем шоу Квартирник НТВ у Маргулиса




Спорт в России и мире

Алексей Смирнов – актер, которого, надеюсь, еще не забыли

Спортсмены из Росгвардии стали призерами соревнований по велоспорту в Москве

Хоккеисты из Красногорска завоевали бронзу на чемпионате Москвы и области

Педагоги школы №2065 вошли в ТОП-5 лучших туристских команд Москвы


Большой шлем

17-летний россиянин Даниил Саркисян разгромил Форбса из США на юниорском «Ролан Гаррос»



Новости Крыма на Sevpoisk.ru


Москва

В Новосибирске пройдет третий фестиваль «В Сибири – ЕСТЬ!»



Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России