PIALA PRESIDEN 2017: KEDAH, SELANGOR, KELANTAN & TERENGGANU TERUS KEMARAAN KE SEPARUH AKHIR
2017-09-27
Juara bertahan, Kelantan berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir biarpun tewas 2-1 kepada juara Kumpulan B, Negeri Sembilan pada perlawanan suku akhir kedua Piala Presiden 2017, petang semalam.
Pada aksi di Stadium Mini USIM, Nilai itu, Kelantan kendalian Hashim Mustapha layak menerusi kelebihan gol di tempat lawan biarpun terikat agregat 2-2 selepas mereka menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan yang dibimbing Sazali Saidun pada aksi pertama di Kota Bharu, Khamis lalu. Читать дальше...