PIALA PRESIDEN 2017: SELANGOR, TERENGGANU KE FINAL MENERUSI PERATURAN GOL TEMPAT LAWAN
2017-10-07
Naib juara Kumpulan A dan B, Terengganu dan Selangor bakal berentap pada pentas final Piala Presiden 2017 selepas kedua-dua pasukan mara menerusi peraturan gol tempat lawan pada aksi separuh akhir kedua, malam tadi.
Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Terengganu kendalian Mustaffa Kamal Abd Wahab berjaya mengikat juara bertahan, Kelantan bimbingan Hashim Mustapha 2-2 untuk layak menerusi kelebihan gol di tempat lawan (agregat 3-3) selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi pertama di Kuala Terengganu... Читать дальше...