KEJUARAAN FUTSAL WANITA AFC 2018: MALAYSIA DIUNDI BERSAMA VIETNAM, CHINESE TAIPEI & BANGLADESH
2018-03-06
Skuad futsal wanita kebangsaan yang kini di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Addie Azwan Zainal telah diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Chinese Taipei dan Bangladesh bagi Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 di Bangkok, Thailand dari 2 hingga 12 Mei depan.
Pada majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil, petang semalam, Iran selaku juara edisi sulung pada 2015 di Nilai, Negeri Sembilan telah diundi dalam Kumpulan D yang hanya disertai tiga pasukan iaitu Uzbekistan dan Turkmenistan. Читать дальше...