DATO' HAJI HAMIDIN BIN HAJI MOHD AMIN SAH PRESIDEN FAM YANG BAHARU BAGI PENGGAL 2018-2021
2018-07-14
Yang Hormat Dato' Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin telah sah dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2018-2021 pada Kongres FAM Ke-54 di Hotel Hilton Petaling Jaya yang berlangsung pada 14 Julai 2018.
Dato' Haji Hamidin yang merupakan Presiden FAM ketujuh sejak 1951 turut mencipta sejarah tersendiri menjadi individu pertama dari kalangan orang biasa bergelar Presiden selepas enam Presiden terdahulu merupakan Perdana Menteri, Menteri Kabinet serta Kerabat Diraja. Читать дальше...