SIARAN MEDIA: PEMBATALAN PERTANDINGAN PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2021
2021-09-16
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan ini memaklumkan secara rasmi bahawa pertandingan bola sepak wanita kebangsaan, Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2021 adalah dibatalkan susulan keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.
Ia selepas mengambil kira situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran pertandingan tersebut. Читать дальше...