SIARAN MEDIA: FAM JALIN KERJASAMA BERSAMA EXTRA JOSS
2023-06-06
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan syarikat pengeluar minuman bertenaga, Extra Joss, PT Bintang Toedjoe sebagai rakan penaja terbaharu skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya untuk tempoh setahun.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar, kehadiran Extra Joss yang sudah cukup sinonim di dalam arena sukan negara akan memberi ruang kepada FAM untuk memperluaskan lagi jenama Harimau Malaya di peringkat antarabangsa. Читать дальше...